Sebagaimana maklum bahawa cuti persekolahan
akhir tahun 2015 telah bermula pada 21 Nov 2015 hingga 3 Jan 2016. Sepanjang
cuti persekolahan ini guru-guru digalakkan hadir ke sekolah jika ada perkara-perkara berkaitan tugas masing-masing yang
belum selesai. Selain daripada itu juga memudahkan guru-guru membuat segala
persediaan sebelum naik sekolah pada hari Isnin 4 Januari 2016 nanti. Antara
tugas yang perlu dilakukan ialah seperti mengemaskini kelas semasa dan kelas
baru, jadual kedatangan murid, kemaskini fail-fail pengurusan panitia, 'Inhouse
Training' KSSR dan lain-lain yang difikirkan perlu. Pada akhir minggu cuti pula
iaitu bermula 28 Dis 2015 hingga 1 Jan 2016 mesti hadir untuk mesyuarat pertama
sesi 2016 /taklimat perjawatan, pengagihan tugas, persiapan tahun baru serta
lain-lain tugasan yang berkaitan.
* Mesyuarat Guru 1 & Kurikulum 1 sesi 2016
- 28 Disember 2015(Isnin).
Mesyuarat HEM 1 & Kokurikulum 1 sesi 2016
- 29 Disember 2015(Selasa)
Hi-Tea meraikan persaraan GB selepas selesai mesyuarat Kokurikulum di Resort Seri Menanti.
No comments:
Post a Comment