Monday, 30 November 2015

Tugasan Guru Waktu Cuti Persekolahan Akhir Tahun 2015

Sebagaimana maklum bahawa cuti persekolahan akhir tahun 2015 telah bermula pada 21 Nov 2015 hingga 3 Jan 2016. Sepanjang cuti persekolahan ini guru-guru digalakkan hadir ke sekolah jika ada perkara-perkara berkaitan tugas masing-masing yang belum selesai. Selain daripada itu juga memudahkan guru-guru membuat segala persediaan sebelum naik sekolah pada hari Isnin 4 Januari 2016 nanti. Antara tugas yang perlu dilakukan ialah seperti mengemaskini kelas semasa dan kelas baru, jadual kedatangan murid, kemaskini fail-fail pengurusan panitia, 'Inhouse Training' KSSR dan lain-lain yang difikirkan perlu. Pada akhir minggu cuti pula iaitu bermula 28 Dis 2015 hingga 1 Jan 2016 mesti hadir untuk mesyuarat pertama sesi 2016 /taklimat perjawatan, pengagihan tugas, persiapan tahun baru serta lain-lain tugasan yang berkaitan.

* Mesyuarat Guru 1 & Kurikulum 1 sesi 2016       
   -  28 Disember 2015(Isnin).
   
   Mesyuarat HEM 1 & Kokurikulum 1 sesi 2016   
   -  29 Disember 2015(Selasa)
   
   Hi-Tea meraikan persaraan GB selepas selesai mesyuarat Kokurikulum di Resort Seri Menanti.