Monday, 30 November 2015

Tugasan Guru Waktu Cuti Persekolahan Akhir Tahun 2015

Sebagaimana maklum bahawa cuti persekolahan akhir tahun 2015 telah bermula pada 21 Nov 2015 hingga 3 Jan 2016. Sepanjang cuti persekolahan ini guru-guru digalakkan hadir ke sekolah jika ada perkara-perkara berkaitan tugas masing-masing yang belum selesai. Selain daripada itu juga memudahkan guru-guru membuat segala persediaan sebelum naik sekolah pada hari Isnin 4 Januari 2016 nanti. Antara tugas yang perlu dilakukan ialah seperti mengemaskini kelas semasa dan kelas baru, jadual kedatangan murid, kemaskini fail-fail pengurusan panitia, 'Inhouse Training' KSSR dan lain-lain yang difikirkan perlu. Pada akhir minggu cuti pula iaitu bermula 28 Dis 2015 hingga 1 Jan 2016 mesti hadir untuk mesyuarat pertama sesi 2016 /taklimat perjawatan, pengagihan tugas, persiapan tahun baru serta lain-lain tugasan yang berkaitan.

* Mesyuarat Guru 1 & Kurikulum 1 sesi 2016       
   -  28 Disember 2015(Isnin).
   
   Mesyuarat HEM 1 & Kokurikulum 1 sesi 2016   
   -  29 Disember 2015(Selasa)
   
   Hi-Tea meraikan persaraan GB selepas selesai mesyuarat Kokurikulum di Resort Seri Menanti.

Thursday, 21 May 2015

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2015

Sambutan Hari Guru Peringkat Negeri Sembilan 2015 di Dewan Besar USIM, Bandar Baru Nilai. Dirasmikan oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato' Seri Utama Hj Mohamad b. Hj. HASAN


Saturday, 16 May 2015

SELAMAT HARI GURU - "GURU MEMBINA ILMU, MENYEMPURNAKAN AKHLAK"

Khas buat semua guru yang masih bertugas dan juga yang sudah bergelar YB(Yang Bersara), jasamu dikenang dunia dan akhirat, insyaAllah.

Wednesday, 29 April 2015

Pertandingan Bercerita Tahap 2 Peringkat PPD Kuala Pilah

Hari ini SK Talang menjadi penganjur Pertandingan Bercerita Tahap 2 Peringkat PPD Kuala Pilah. Alhamdulillah berkat kerjasama warga sekolah, kita telah dapat melaksanakan dengan jayanya amanah yang diberikan. Syukur berkat doa semua, peserta kita telah muncul johan. Tahniah adik Nurul Fatin Maisarah.